Bercakap pasal fakta, ari ne Mann membawakan anda beberapa fakta menarik yang Mann sendiri rasa terujah untuk 'share'kan bersama anda. So, enjoy your reading k..
- Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
- Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
- Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
- Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
- Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
- Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
- Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
- Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
- Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
- Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
- Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
- Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
- Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
- Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
- Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
- Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
- Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
- Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
- Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
- Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
- Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
- Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
- Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
- Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
- Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
- Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.
- Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
- Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.
- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
- Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
- Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
P/s: Kepada sesiapa yang bertangan kidal (tiada niat untuk menyindir), kurang2 kanlah menghisap rokok tu! bertambah kurang jam kredit tu nanti..hehe
0 comments:
Post a Comment