RSS

Gong Xi Fa Cai

Suda jam 3:04 pm rupanya (Mann mengaruk2 kepala yg tidak gatal)...boleh tahan jugak Mann tidur sampai jam sebegini. Bukannya apa, tidur Mann semalam, agak tergangu dengan bunyi-bunyi letupan yang agak jarang sekali Mann dengar kecuali pada musim-musim perayaan begini. Bunga api meletup disini sana, seronok Mann tengok melalui tingkap bilik Mann yang terbuka luas, cantik!! Mann tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati kaindahan bunga api dengan sepuas2nya, Maklum sajalah, agak jarang sekali Mann dapat tengok bunga api secara live (jakun orang Sabah bilang), dan mungkin disebabkan itulah Mann terbangun agak sedikit lewat hari ne..(bangun lewat bukanlah satu perkara baru dalam diri Mann sbenarnya hehe..)

Pada kesempatan ini, Mann ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakan2 yang meraihkanya, juga kepada sesiapa yang terbaca entry Mann ne. Sejujurnya inilah kali pertama Mann mengucapkan selamat tahun baru cina secara terbuka kepada semua. (bagus!!..satu transfomasi yang agak baik kepada diri Mann, bertepatan dengan slogan 1Malaysia).

Tidak dengan hanya bercakap kosong, terdetik dihati Mann untuk berkongsi serba sedikit tentang perayaan Tahun Baru Cina ini kepada semua, Sejujurnya banyak yang Mann tidak tahu tentang perayaan ini.

~[Tahun Baru Cina Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.]

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan (Tikus,Lembu,Harimau,Arnab,Naga,Ular,KUda,Kambing,Monyet,Ayam,Anjing, dan Khinzir).
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

P/s: Kepada sesiapa yang maw tahu lebih detail lagi tentang perayaan ini "please ask uncle Google" atau pergi saja ke link yang Mann bagi ne.

0 comments:

Post a Comment