RSS

Update Sony Ericsson Xperia X8 anda daripada Android 1.6 kepada Android 2.1

Entry pada kali ne, Mann membawakan anda cara untuk meng'update' SE Xperia X8 daripada lantai Andaroid 1.6 kepada lantai Android 2.1 secara ringkas. Untuk pengetahuan semua, cara ini berjaya meng'update' Xperia X8 Mann dengan suksesnya tanpa timbul sebarang masalah.
Mungkin bagi sesetengah pihak, isu ini sudah agak lapuk, namun Mann yakin, masih ada lagi sesetengah pemilik X8 diluar sana yang masih belum mengetahuinya.

Cara ini, Mann sendiri yang dah pernah cuba dan iyanya berjaya.

1. Pertama sekali, download dan install software PC Companion yang terbaru ke Laptop/desktop anda. Untuk men'download, sila ke laman web www.sonyericsson.com/support.

2. Setelah proses peng'install'an selesai, buka aplikasi PC Companion tersebut, dan hubungkan X8 anda pada Laptop/desktop dengan menggunakan kabel telefon.

3. Daripada paparan PC Companion tersebut, anda boleh melihat sama ada telefon anda sedia untuk di update ataupun belum. Sekiranya belum, anda akan melihat paparan "your phone is up to date" tunggu sehinga number SI telefon anda tersedia untuk di update atau tunggu pemberitahuan melalui telefon anda.

4. Sekiranya pada PC Companion menunjukkan telefon anda sedia untuk di update, tekan butang update.

5. langkah seterusnya, download dan gunakan versi 'backup & restore' yang terbaru untuk meng'backup & meng'restore kandungan telefon anda.
antara data2 telefon yang dapat di backup adalah:
  • market application
  • Bookmarks
  • Call log-Contact
  • SMS & MMS messages dan
  • System setting
6. Ikuti langkah2 meng'update yang seterusnya melalui paparan dan arahan yang diberikan pada PC Companion.

7. Setelah proses peng'update'an selesai, langkah terakhir yang perlu anda patuhi adalah, login ke Google akaun anda terlebih dahulu sebelum meng'restore semula data2 tersebut ke telefon anda.

Disini Mann sertakan satu video yang Mann gunakan sebagai panduan semasa Mann meng'update Xperia X8 Mann dulu. Selamat mencuba kamurang! :)


P/s: Mann tidak akan bertangungjawap atas kerugian atau kerosakan yang berlaku pada telefon anda, semuanya berlaku atas kesalahan teknikal atau atas risiko anda sendiri. Mann tumpang gembira sekiranya entry Mann ne dapat membantu anda. Jangan lupa untuk 'share'kan kejayaan anda disini haha.. (kunun!) :p

0 comments:

Post a Comment