RSS

Mann Sakit Gigi!

Sudah 2 minggu Mann makan tak kenyang, tidur tak lena...Gigi Mann benar-benar tiada kompromi! Seksaa gilerr!! nak buat kerja pun tak boleh, terpaksa tahan2 je sakit tu. Kalau ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampar je kat muka si pelawak tu, tak lawak langsung!! Orang sakit gigi ne tak boleh exited lebih2, tak boleh senyum lebih2. Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan?
Disini Mann nak bagi sedikit tips kepada anda untuk melegahkan sakit gigi. Tips ne Mann sendiri yang dah pernah cuba. Ingat!! jika anda sakit gigi, segerahlah berjumpa dengan Doktor Gigi, kerana tips ini hanya untuk melegahkan bukan untuk mengubati.
Petuah 1:
Masukkan satu sudu teh garam kedalam secawan air suam. Larutkan garam tersebut dan gunakanlah air larutan tersebut sebagai air kumur sehingga sakit gigi reda.

Petuah 2:
Gambir Sarawak memang berkesan untuk melegahkan sakit gigi dengan cepat. Gosokkan gambir tersebut pada gigi yang berlubang. Hari tu, Mann beli Gambir sarawak di pasar Pelipin KK dengan harga Rm5, biarpun kecil tapi amat berbaloi.

Petuah 3:
Belilah "Toothache Drop" di kedai2 yang berhampiran dengan harga Rm5.90. Bersihkan sisa2 makanan yang terdapat pada lubang gigi terlebih dahulu, selepas tu titiskan 1-2 titik ubat tersebut secara terus ke dalam lubang gigi ataupun titik pada kapas lalu sumbat pada lubang gigi.

P/s: Masa Mann beli gambir Sarawak hari tu, Mak cik penjual gambir tu tanya "adik ne, dah cukup umur ke blom"?? agak2nya kenapa ekk...pelikk!!

0 comments:

Post a Comment