RSS

Mann Tetap Optimis!!!

Sedar tak sedar kita suda berada di penghujung tahun 2011, apa yang pasti, satu lagi tahun bakal kita tinggalkan. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi tahun 2012?

Bagi Mann, sedia atau tak sedia itu bukanlah pokok persoalaan yang sedang bermain di fikiran Mann sekarang ini. Apa yang pasti, Mann benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku dalam hidup Mann sepanjang tahun ini. “Marah, sedih, kecewa dan yang sewaktu dengannya” Itulah rasa yang paling banyak Mann rasakan, agaknya, tahun 2011 ini merupakan tahun yang paling malang untuk Mann. Agaknyalah!!

Mann bukanya menyalahkan takdir jauh sekali menidakkan ketentuan-Nya…Mann hanya…….. entahlah, Mann buntu memikirkan ayat selanjutnya, biarkan ia terhenti sampai disitu.

Apapun Mann tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasakan kesakitan itu kerana Mann percaya dengan ayat ini "apalah erti sesuatu kejayaan tanpa kesakitan". Ikut sahaja apa kata hati “ada hikmah disebaliknya”.

Apa yang Mann harapkan, semoga kedatangan tahun 2012 ini bakal membawa satu harapan baru untuk Mann. Untuk tahun yang bakal berlalu ini, semoga ia kekal menjadi satu pengajaran yang berguna untuk Mann.

Apapun yang terjadi, Mann tetap tidak akan berputus asa, sebaliknya Mann akan terus berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk memajukan diri. Tahun 2011 banyak mengajar Mann untuk tetap optimis dalam Hidup!!!


P/s: Hidup harus pantang menyerah kalah! yeah!! urang bilang, karangan Mann ne, karangan level tahun 6, hmm..ndapalah!!