RSS

Fahami Personaliti Anda

Mann ingin megetengahkan satu topik yang sempat Mann pelajari daripada satu seminar yang Mann hadiri sebelum ini.
Bertepatan dengan tajuk yang Mann tulis diatas, Mann membawakan anda satu cara untuk mengenalpasti dan memahami personaliti apakah yang ada didalam diri anda berdasarkan "Empat jenis Temperamen Manusia".

"Empat Temperamen" merupakan satu teori psikologi yang berasal dari konsep perubatan kunohumorism, ianya terdiri daripada empat jenis temperamen iaitu Sanguine, Choleric, Malancholy dan Phlegmatic. Setiap satu daripada jenis Temperamen ini masing-masing menjelaskan satu ciri keperibadian manusia yang berbeza-beza.

So, Nak tahu apakah jenis "Temperament" atau personaliti anda? sila baca entry dibawah:

~(Sorry gambar terlalu kecil untuk dibaca oleh orang2 yang rabun seperti Mann, so, apa yang anda perlu buat, 'right click' pada gambar ne, seterusnya click 'open link in new tab' untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas :)


Perlu diketahui disini bahawa tidak ada seorang pun yang memiliki satu jenis tempramen yang mutlak (misalnya Sanguinis 100%). Seseorang itu mampu untuk memiliki beberapa jenis tempramen, namun salah satu daripada jenis tempramen tersebut adalah harus lebih dominan dalam diri seseorang tersebut. Untuk memahami lebih lanjut lagi tentang jenis2 temperamen, sila baca gambaran karakter jenis2 tempreman tersebut:

1. Karakter SANGUINIS:
Seorang yang suka berceloteh, suka menarik perhatian daripada orang2 sekeliling mereka, periang, tidak teratur, emosi yang tidak stabil, pelupa, cepat bosan dan hipersensitif terhadap penilaian orang lain terhadap mereka.

2. Karakter KOLERIS:
Seorang yang berani dan antusias, juga seorang pekerja yang produktif, mampu untuk mengorganisasikan rakan2 di sekitarnya, berusaha untuk mengendalikan dan mengharapkan pujian orang lain keatas prestasinya, suka ditentang, temperamen yang berubah-ubah, keras kepala, suka berdebat, manipulatif dan tidak peka terhadap perasaan orang lain.

3. Karakter MALANKOLIS:
Seorang yang berfikiran jauh, mempunyai bakat terpendam, perfeksionis, serius, pemurung, terlalu peka dan suka menghindari kritikan orang lain terhadap dirinya.

4. Karakter PLEGHMATIS:
Seorang yang suka menilai orang lain, mudah dihibur, mudah setuju, egois, suka menggoda, penakut, pemalas dan seorang yang pendiam namun keras kepala.


P/s: Mann sendiri tidak tahu apa jenis Tempramen yang ada dalam diri Mann, tapi menurut cakap2 belakang yang Mann dengar daripada kawan2 , jenis temperaments Mann yang lebih dominan (paling banyak yang kena) adalah jenis Phlegmatic. Anda pula bagaimana??

Gong Xi Fa Cai

Suda jam 3:04 pm rupanya (Mann mengaruk2 kepala yg tidak gatal)...boleh tahan jugak Mann tidur sampai jam sebegini. Bukannya apa, tidur Mann semalam, agak tergangu dengan bunyi-bunyi letupan yang agak jarang sekali Mann dengar kecuali pada musim-musim perayaan begini. Bunga api meletup disini sana, seronok Mann tengok melalui tingkap bilik Mann yang terbuka luas, cantik!! Mann tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati kaindahan bunga api dengan sepuas2nya, Maklum sajalah, agak jarang sekali Mann dapat tengok bunga api secara live (jakun orang Sabah bilang), dan mungkin disebabkan itulah Mann terbangun agak sedikit lewat hari ne..(bangun lewat bukanlah satu perkara baru dalam diri Mann sbenarnya hehe..)

Pada kesempatan ini, Mann ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakan2 yang meraihkanya, juga kepada sesiapa yang terbaca entry Mann ne. Sejujurnya inilah kali pertama Mann mengucapkan selamat tahun baru cina secara terbuka kepada semua. (bagus!!..satu transfomasi yang agak baik kepada diri Mann, bertepatan dengan slogan 1Malaysia).

Tidak dengan hanya bercakap kosong, terdetik dihati Mann untuk berkongsi serba sedikit tentang perayaan Tahun Baru Cina ini kepada semua, Sejujurnya banyak yang Mann tidak tahu tentang perayaan ini.

~[Tahun Baru Cina Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.]

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan (Tikus,Lembu,Harimau,Arnab,Naga,Ular,KUda,Kambing,Monyet,Ayam,Anjing, dan Khinzir).
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

P/s: Kepada sesiapa yang maw tahu lebih detail lagi tentang perayaan ini "please ask uncle Google" atau pergi saja ke link yang Mann bagi ne.

DotA

~ [ Admin bercerita ikut slang Sabah ]
DotA?? tetiba teringin pula maw share pasal game favourite Mann ne..Defence of the Ancients, itu lah nama penuh game yang menjadi kegilaan bukan sahaja Mann, malah jutaan lagi hantu DotA yang lain, tidak ketingalan juga rakan-rakan serumah Mann (Rumah 16 baitu!!). Disebapkan DotA, suasana rumah 16 kami sering tidak stabil, player yang kalah tidak puas hati (indak dapat terima kenyataan kunu) haha..Mann tidak buli cerita banyak2 pasal kisah Rumah 16 ne (biarlah jadi rashia kerajaan haha), sebap itu bukanlah fokus Mann.
Apa yang menjadi fokus Mann adalah, Mann maw tanya soalan bonus kepada kamurang, pernahkah kamurang dengar pasal Dota??, tahukah kamurang apa itu DotA?? kalau jawapanya tidak, jangan segan2 scroll mouse ke bawah dan baca penerangan yang Mann bagi ne (kalu indak cukup, kamurang pi Google saja).


"DotA merupakan suatu peta yang boleh diubah dalam permainan video Warcraft III: The Frozen Throne, berdasarkan peta "Aeon of Strife" dalam permainan Starcraft Blizzard. Ia merupakan suatu permainan strategi tertumpu kepada pertempuran pahlawan. Tujuannya adalah untuk memusnahkan pangkalan lawannya dengan menggunakan pahlawan sendiri bersama pahlawan-pahlawan bersekutu dan pejuang-pejuang bersekutu AI lain bersama "creeps". Turut sama konsep permainan video peranan, pemain akan meninggikan tingkatan pahlawannya serta menggunakan emas untuk membeli kelengkapan dalam usaha untuk mengalahkan pasukan lawan."
Nah!!, tahu suda kamurang sikit2 pasal ne DotA kn? lepas ne bulih lah kita main sama2 hehe. Ne adalah antara hero2 DotA yang menjadi kegemaran Mann..
Lesale Deathbringer- Venomencer

Puck - Faerie Dragon

Raigor Stonehoof - The Earthshaker

P/s: Ayat skema yang bertanda "" diatas telah di copy and paste jak dari internet hehe..