RSS

Fakta Menarik

Lama Mann tak update blog, yalah kebelakangan ne Mann sibuk dengan kempen kesihatan yang bakal Mann buat dengan member2 Mann tidak lama lagi. Persiapan haruslah disediakan sebaik2 dan selengkap yang mungkin. Mental juga harus dipersiapkan dengan fakta2 yang berkaitan dengan temah kempen ne....
Bercakap pasal fakta, ari ne Mann membawakan anda beberapa fakta menarik yang Mann sendiri rasa terujah untuk 'share'kan bersama anda. So, enjoy your reading k..
  • Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
  • Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
  • Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.
  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
  • Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.
  • Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.
  • Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.
  • Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.
  • Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.
  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.
  • Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
  • Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.
  • Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.
stock photo : Cardivascular surgeon advising for stop smoking.The main focus on the cigarttes, the doctor a bit out of focus, intended motion blur of the left hand finger.
P/s: Kepada sesiapa yang bertangan kidal (tiada niat untuk menyindir), kurang2 kanlah menghisap rokok tu! bertambah kurang jam kredit tu nanti..hehe

Perkara yg tidak harus anda lakukan semasa MEMANDU

Bila terbaca lawak ne, teringat Mann dengan kisah lesen L Mann yang tidak upgrade2 lagi sampai sekarang, haha...
Untuk korang yang dah teror memandu tu, jangan lak buat perkara2 yang ada dalam list di bawah tu ye! he he..

1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya


P/s: List nombor 21 tu yang Mann tak tahan!! hahaha...

Mann anak Kampung

Suda menjadi kebiasaaan Mann, sambil layan pesbuuk Mann buka radio KK fm..satu ari, Mann tedingar satu lagu best yang dinyanyikan oleh si Jimmy Palikat (Sabahan Singer bha)..Siuk!! beguyang-guyang jugak kepala Mann dangar tu lagu!...Mann suda lupa apa tajuk tu lagu. Ari ne, bila Mann pi survey di internet, cari punya cari, dapat juga akhirnya!, ne lah lagu best yang Mann bilang tu...tajuk dia "Tanak Kampung (Malay version) by Jimmy Palikat". Mann tejumpa ne lagu di Youtube...(Dusun version (original) pun ada jugak ne)


Dangar punya dangar, macam ngam pula ne lagu sama Mann. Dulu, Mann pun ada hati baini maw mengurat sama saturang sumandak yang bapa dia urang kaya, tapi pikir punya pikir takut pula Mann pi dekat2 sama dia, segan!! lagi satu, kalau jadi, Mann takut nanti bapa dia mintak berian yang besar2 haha, Mann bukanlah maw jadi pengecut tapi, yalah..Mann ne kan anak urang kampung...Mann indada apa2 lagi, karja indada, rumah indada, kurita pun indada...apalagi duit bikin bayar berian...(repair ayat si Jimmy ckit) mana sepadan kn??. Nanti labah kan, Mann pi berusaha dulu, kalau Mann suda kaya nanti, barulah Mann pi mengurat dia balik haha...itupun kalu masih ada peluang.
~itu sajalah yang Mann mampu kasi cerita sama kamurang, nanti kamurang menangis pla hehe..

Ari tu, sambil2 'berkaraoke' sana di youtube...sambil2 itu jugaklah Mann pi cek2 komen urang pasal ne lagu, last2 Mann jumpak ne...

"aku memang tau ko anak org mskin,
masih buli maju kalu ada impian,
apa yg penting ko mesti berusaha....
chorus: bkn ku minta ko ada kereta,
bkn jg ku minta ko ada rmh banglo,
ko pun tau aku org kya aku blh tolong beli....
klu btl ko suka sma aku,
napa ko lepaskn aku sm org lain,
di manakh ksetiaanmu trhdpku,
konon shidup semati...
jgn la ko ingat aku ini gila harta
akupun sggp hdup mcm org miskin
tp aku mrh ko tdk jujur pdku..."

Ne kira macam lagu balasan si sumandak laini sama tu lagu si Jimmy (mimang betul jugaklh apa yang si sumandak cakp tu, kalaulah smua sumandak begitu kan haha...), tapi bulum siap lagi ne, kalu kamurang ada idea, buli lah kamurang kasi lengkap ne lirik, manatau satu ari nanti da urang mo buat ne lirik jadi lagu...femess kamurang!!

P/s: Kalau kamurang tau ne lagu, jum lh kita sama2 ber "kara-ok", tapi kamurang sedia2 angkat kain di jemuran dulu lha, takut nanti hujan haha...