RSS

Mann Tetap Optimis!!!

Sedar tak sedar kita suda berada di penghujung tahun 2011, apa yang pasti, satu lagi tahun bakal kita tinggalkan. Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi tahun 2012?

Bagi Mann, sedia atau tak sedia itu bukanlah pokok persoalaan yang sedang bermain di fikiran Mann sekarang ini. Apa yang pasti, Mann benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku dalam hidup Mann sepanjang tahun ini. “Marah, sedih, kecewa dan yang sewaktu dengannya” Itulah rasa yang paling banyak Mann rasakan, agaknya, tahun 2011 ini merupakan tahun yang paling malang untuk Mann. Agaknyalah!!

Mann bukanya menyalahkan takdir jauh sekali menidakkan ketentuan-Nya…Mann hanya…….. entahlah, Mann buntu memikirkan ayat selanjutnya, biarkan ia terhenti sampai disitu.

Apapun Mann tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasakan kesakitan itu kerana Mann percaya dengan ayat ini "apalah erti sesuatu kejayaan tanpa kesakitan". Ikut sahaja apa kata hati “ada hikmah disebaliknya”.

Apa yang Mann harapkan, semoga kedatangan tahun 2012 ini bakal membawa satu harapan baru untuk Mann. Untuk tahun yang bakal berlalu ini, semoga ia kekal menjadi satu pengajaran yang berguna untuk Mann.

Apapun yang terjadi, Mann tetap tidak akan berputus asa, sebaliknya Mann akan terus berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk memajukan diri. Tahun 2011 banyak mengajar Mann untuk tetap optimis dalam Hidup!!!


P/s: Hidup harus pantang menyerah kalah! yeah!! urang bilang, karangan Mann ne, karangan level tahun 6, hmm..ndapalah!!

Gempa 8.9 Skala Richter Mengoncang Jepun!

Diawali dengan gempa berukuran 8.9 skala richter, Jepun kemudiannya menjadi mangsa amukan air laut setinggi 10 meter. Ketinggian air tersebut sudah cukup untuk membayangkan betapa ganasnya air yang membanjiri beberapa daerah di Jepun.

Gempa tersebut dikatakan merupakan gempa yang paling hebat sepanjang 7 tahun ini, dan merupakan salah satu gempa terbesar kelima didunia sejak tahun 1900, menurut US Geological Survey-terjadi pada hari Jumaat pukul 2:46 pm waktu setempat.
Sehingga kini, belum dedifinisikan jumlah mangsa yang meninggal mahupun hilang.

Gambar dibawah merupakan gambar amaran masa perjalanan Tsunami. Sebagai langkah berjaga-jaga, tidak ada salahnya jika anda menjauhi pantai di sekeliling laut pasifik dalam sehari ini.


Mann Sakit Gigi!

Sudah 2 minggu Mann makan tak kenyang, tidur tak lena...Gigi Mann benar-benar tiada kompromi! Seksaa gilerr!! nak buat kerja pun tak boleh, terpaksa tahan2 je sakit tu. Kalau ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampar je kat muka si pelawak tu, tak lawak langsung!! Orang sakit gigi ne tak boleh exited lebih2, tak boleh senyum lebih2. Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan?
Disini Mann nak bagi sedikit tips kepada anda untuk melegahkan sakit gigi. Tips ne Mann sendiri yang dah pernah cuba. Ingat!! jika anda sakit gigi, segerahlah berjumpa dengan Doktor Gigi, kerana tips ini hanya untuk melegahkan bukan untuk mengubati.
Petuah 1:
Masukkan satu sudu teh garam kedalam secawan air suam. Larutkan garam tersebut dan gunakanlah air larutan tersebut sebagai air kumur sehingga sakit gigi reda.

Petuah 2:
Gambir Sarawak memang berkesan untuk melegahkan sakit gigi dengan cepat. Gosokkan gambir tersebut pada gigi yang berlubang. Hari tu, Mann beli Gambir sarawak di pasar Pelipin KK dengan harga Rm5, biarpun kecil tapi amat berbaloi.

Petuah 3:
Belilah "Toothache Drop" di kedai2 yang berhampiran dengan harga Rm5.90. Bersihkan sisa2 makanan yang terdapat pada lubang gigi terlebih dahulu, selepas tu titiskan 1-2 titik ubat tersebut secara terus ke dalam lubang gigi ataupun titik pada kapas lalu sumbat pada lubang gigi.

P/s: Masa Mann beli gambir Sarawak hari tu, Mak cik penjual gambir tu tanya "adik ne, dah cukup umur ke blom"?? agak2nya kenapa ekk...pelikk!!